Hey Peeps ! Welcome to Liana Lee Official Blogspot . Do follow my blog gais ^^ appreciate it...

TAN BOON CHIA MANSION < The Haunted Bungalow >

Side gate




Before renovate

After renovate


Okay , hari ini aku nak story pasal gambar di atas ni . . ATTENTION ! THIS IS A STATEMENT .

Mulanya macam ni , aku dgn family aku otw ke restoran ibu aku . Okay lepas tu kakak aku cakap dia nak pergi kedai kek depan tu jap . Konon , nak beli kek sebab aku hari tu cakap kt dia ada kedai kek baru bukak . So , dia nak pergi lah tgok-2 and kalau boleh nak beli sekali . HAHA. sampai depan tu je kan , kakak aku masuk . Then dia kata ni bukan kedai kek . ! Ini kedai " Menjual perkakas kek ! " hahahaahah :D Sumpah aku tak tahu . . . . Lepastu, dgn muka malu nya keluar buat do no je dari kedai tu . HAHAHA. serious muka tebal gila . :3 And then , otw nak ke restoran balik . Aku cakap . " Jom lah jalan-2 dulu . Kita tgok keretapi jap ."  Kakak aku pun apa lagi drive lah sampai kt tempat tu . UNTUNGLAH KITAORANG SEKEPALA . :D Stesen keretapi Rasa tak jauh pun dari restoran kitaorang . Kira-2 dalam 500 meter ada kot . Kitaorang lepak tepi rails tu . Tepi rails tu lah ada banglo ni . Aku cakap dengan kakak aku . .

Me : Kita try masuk dalam banglo tu nak ?
Sis : Kau gila ke ? !
Me : Gila apanye ? Serious kot . . aku teringin gila nak masuk . Nak tgok apa yg ada dalam tu .
Sis : Hmm . macam boleh :3 ( dengan muka selenga )
Me : Kita tanya lah dulu orang yg jaga tu , boleh ke tak masuk .
Sis : Okay ! Kita tanya !.

Baru lalu depan gate besar tu , aku nampak sorang pakcik yg jaga banglo tu . Pakcik tu orang Myanmar . . Dia nmpak kitaorang then dia panggil-2 . HAHA. . lepas tu dia cakap bahasa dia . Tapi ada sikit campur english version :3 Nasib kitaorang faham . . Dia tanya kitaorang yg anak tauke restoran tu ke ? Kitaorang angguk-2 je lah . . Walaweyhh ! dia kenal kitaorang . :D lepas tu dia ajak kitaorang masuk dalam banglo tu . Then , kakak aku cakap kejap dia nak parking kereta dekat depan rumah ni . Jalan pun sempit kan . . Then , kakak aku bisik-2 ngn aku .

Sis : Kau biar betul nak masuk dik ?
Me : Muka aku main-2 ke ?
Sis : Pakcik tu pun lain macam je suruh kita masuk .
Me : Weyh ! Dah dapat peluang mcm ni tak nak pulak . Haihh . biar aku masuk sorang ! ( beranilah sgt )
Sis : Aduihh . was-2 kot nak masuk
Me : Bukan senang kot nak dapat masuk . Orang-2 kt sini banyak yg tak masuk . Bukan calang-2 orang yg     dapat masuk kot . Jom arhhh ! ! :3
Sis : Eii . yelahh . .  

Apa lagi . Dah dapat green light  masuk banglo tu . . Serbu arh kitaorang pun . . Last-2 kene kejar dgn anjing . Banyak kot anjing dia ada 3 ekor . HOHO. :O . Tapi ada pakcik tu . Dia halau anjing tu . . . Fuhh -,-'

Begins the history of the bungalow . . . ,

The eerie bungalow is supposedly haunted . It's got the perfect scary and rundown feel to give you the chills !
Memang time masuk tu pun , naik bulu roma kay . :3 First place yg dia tunjuk dekat belakang banglo tu , ada kolam ikan yg besar . Luas lah jugak . . And then , dia bawak kitaorang pusing dekat halaman rumah tu . . Sampai kt satu port ni , dia tanya , Inside inside ? ? . He means " Nak masuk dalam ke ? " Apalagi ! Tulah tujuan utama kitaorang . . Aku cakap . Ohh yes yes . . HAHA.  faham-2 sendiri lah kan . Then , dia kata wait . Dia nak pergi ambil kunci . Nak bukak pintu tu . Lepas tu kitaorang masuk ke dalam rumah tu . Okay ! Sumpah cantik . . Ada satu meja makan and depan meja makan tu ., ada tempat Cina sembahyang . Memang besar . In the bungalow , there are 24 rooms . Banyak kan ! :O . Satu tempat ke satu tempat dia tunjuk . Dari bawah hingga atas banglo tu . Sebelah tokong tu ada satu perigi lama . And now , dah renovate sikit .

Haunted wells

Dia punya perabot-2 memang ketara yg berabad punya . . The bungalow was raised in 1918 . . Lama right ?
No wonder lah perigi dia pun macam tu . Banglo ni dia punya owner beasal dari pekan Fong Lai di Wilayah An Xi . Beliau berketurunan Hokkien . Beliau dilahirkan pada tahun 1892 . Tan Boon Chia ni juga merupakan taukeh lombong yang paling berpengaruh di Rasa . Pembinaan banglo Tan Boon Chia Mansion menjadi mercu tanda Rasa pada ketika itu . Time banglo ni dibina , usianya 26 tahun iaitu pada tahun 1918 . Keluasan tapak banglo tu adalah 5 hektar . Luas giler halaman banglo tu . . :O . 
Then , pakcik tu bawak kitaorang naik ke tingkat atas . . Memang luas . Banyak port yg dia tunjuk . Memang pening sikit . Living rooms dia pun bukan main banyak .  Beside tangga tu ada banyak frame yg menunjukkan banglo tu sebelum renovate and selepas renovate . Memang banyak perbezaan yg diaorang renovate .
Part paling aku terkejut time aku masuk kt satu living room ni ., aku dah nmpak tengah-2 living room tu ada dua patung tgah duduk . . Aku masuk then aku tak perasan langsung ada dua lagi patung kt sebelah pintu yg aku masuk ni . Punya terkejut ! Patung tu pulak dia punya muka pandang belah aku . HAAAA ? :O Terus lari aku . . hahaha . . . Padahal tak de apa pun . . :3  Kalau aku cakap satu-2 tempat memang tak cukup . Panjang giler . .
Menjelang Perang Dunia Ke-2 , kezaliman tentera Jepun selama 3 tahun dan 8 bulan telah menyebabkan Tan Boon Chia Mansion dirampas dan dijadikan sebagai ibu pejabat tentera Jepun . Ramai orang Cina didera , dibunuh dan terus ditanam di belakang banglo tu . Menurut kata-2 penduduk di Taman Rasa tu , mereka ternampak sesuatu yang pelik berlaku di banglo tu . Kemungkinan besar roh-roh kepada mangsa yg telah dibunuh masih berkeliaran di sekitar banglo itu dan menjadikab banglo itu sebagai " BANGLO BERHANTU " Tan Boon Chia meninggal dunia pada tahun 1951 . Some pictures : : : : 




 


3 cars still remains in the garage



Japanese military places to eat

The main gate





Rear of bungalow







Banglo ni pun dulu ada jugak orang buat pengambaran filem . Kalau tak silap filem " MISTIK " . .  Crew-2 filem ni pun ada cakap , yg diorang dapat rasa ada sesuatu benda yg pelik berlaku time shooting . .
Many more freaky things happened . Now , sejarah Tan Boon Chia hanya tinggal kenangan . :)

THE END OF THE HISTORY

P/S BANGLO NI TERLETAK DI PEKAN RASA . SEBELAH STESEN KERETAPI . BERHAMPIRAN DENGAN KLINIK KESIHATAN RASA . TAK TAU RASA KT MANA ? DEKAT DGN BATANG KALI . BATANG KALI PUN TAK TAU KT MANA ? DEKAT DGN KUALA KUBU BHARU . DATANGLAH MELAWAT DEKAT BANGLO NI KAY . TAPI KENA BERANI SIKIT LAR . NO TAKUT-2 . . pengalaman yg aku tak boleh lupakan . Ohh yeayhh ! :D Kbai ! . . 

HOW TO LOOSE BF IN 7 DAYS ?

Trik yg harus you all praktik :

HARI PERTAMA : ABAIKAN SI DIA
Kalau dulu you all nie suka sgt melekat dengan si dia , ibaratkan seperti belangkas , kali nie apa kata . . abaikan jer si dia . Biarkan dia menelefon atau SMS dulu dan jangan tergesa-gesa membalas SMS . Tunggu sehingga lima kali dia menelefon , barulah diangkat .

HARI KEDUA : ROSAKKAN ACARANYA
You all sudah sedia mengetahui aktiviti petang Rabu nya , si dia akan bermain futsal bersama kengkawannya , ha . . nie lah time terbaik you all merosakkan plannya dgn mengajaknya menemani membeli barang . But , remember , maybe ada dua kemungkinan yg akan terjadi iaitu si dia akan menolak mentah-mentah atau menerima nya dgn muka yg masam mencuka . Yang penting , you all sudah berjaya membuat si dia stress ! HAHAHA . . :D

HARI KETIGA : BATALKAN JANJI 
Selama nie mungkin you all yg selalu marah apabila si dia lambat menjemput . Yerlah tidak menepati janji kan ? Ini lah saat terbaik untuk you all membatalkan pertemuan dengannya di saat-saat terakhir .

HARI KEEMPAT : GANGGU SI DIA
Jika si dia tidak marah dgn sikap you all yg tidak membalas SMS atau tidak mengangkat phone, you all cuba ganggu hidup dia seboleh mungkin dengan non-stop serang SMS dan call . Mulai daripada dia bangun tidur, semasa bersama kengkawannya , semasa dia di tuition, tengah lunch , tengah makan malam bersama family , bersukan mahupun semasa dia sedang tidur di tengah malam .

HARI KELIMA : TUNJUK " SI BURUK "
Kini masanya you all menunjukkan the other side of you ! Maybe selama nie si dia hanya nampak yang cantik dan baik jer tentang diri you all . Jika si dia tidak suka melihat muka you all tanpa make-up , apa kata kali nie you all hang out dengan si dia tanpa sebarang make-up di muka dan berpakaian ala kadar je . Si dia protes ? Maknanya you all sudah berjaya ! 

HARI KEENAM : TOPIC OF THE WEEK ; EX-BF
Tak ada seorang boy pun di dunia nie suka mendengar cerita tentang ex-bf . Try lah semasa seronok bercerita tu , tiba-tiba you all buka buka cerita tentang ex-bf dan bandingkan diri mereka . Mesti si dia angin satu badan !

HARI KETUJUH : ALASAN EKSTREM
Cari satu alasan yang akan membuat si dia memutuskan hubungan dengan you all seperti berpindah ke luar negara atau paling easy , cakap jer you all sudah memiliki lelaki lain . Jika satu hari nanti si dia mengetahui yang you all berbohong , tu cerita lain . Janji you all berjaya memutuskan hubungan !

P/S DAH DAPAT MCM MANA NK PUTUSKAN HUBUNGAN ? NI JUST UNTUK COUPLE YG RASA-2 DIA DAH TK SERASI . KALAU SAYANG , KITA TK BOLEH NAK BUAT APA JUGAK KAN . :)